hari ini aku nak berborak sedikit tentang jodoh?
wah...ko ni biar betul?
tajuk berat tu.
ya.memang.
aku tidaklah menceritakan
tentang jodoh ini secara menyeluruh
insan yang kurang ilmu seperti aku ini
bukanlah layak ingin bercerita tentang
pengetahuan itu
tapi aku hanya berkongsi pendapat dari sepupuku
di mana dia ialah pelajar jurusan syariah
bagi aku
jodoh ini mempunyai pelbagai tafsiran
kalau aku blogwalking di blog2 islamic thinking
semestinya soal jodoh ini terdapat banyak persoalan yang ingin dikemukakan
oleh orang ramai.
satu hari dalam perjalanan balik ke kampus dengan sepupuku
di dalam bas
aku bertanya satu soalan kepada sepupuku
aku: jannah nak tanya sikit boleh tak?
jannah: boleh,apa dia?
aku: jannah selalu fikir tak pasal jodoh?siapa bakal suami jan?ada tak?
Jannah: entahlah ina kita pun tak tahu nak cakap macam mana
susah nak cakap
tapi kita rasa macam tak sempat je nak melalui saat tu
kita selalu terfikir yang dunia ni dah tua
tanda tanda kiamat pun dah banyak
tapi amalan kita dengan ALLAH
masih banyak yang kurang.
aku terdiam mendengar penjelasan dari Jannah
aku terfikir
ada benarnya kata jannah itu
kadang kadang kita selalu memikirkan
tentang pernikahan dan keluarga kita
pada masa akan datang
dan berazam ingin menjadi itu dan ini.
memang tidak salah untuk berfikiran sedemikian dan
perlunya kita berdoa untuk mendapat jodoh dan zuriat yang baik
tetapi
adakah waktu sekarang
kita memikirkan untuk mempertingkatkan
amalan dan ibadah kita
menjadi anak yang taat pada ibu bapa
berbakti pada agama
meningkatkan amal jariah
membaiki diri kita yang hina dan serba kekurangan ini
dan
adakah kita sudah bersedia
dengan kematian yang akan menjemput kita bila bila masa sahaja
dan bertemu
dengan KEKASIH kita Yang Maha Satu
YA
kekasih kita yang paling utama
dan
paling AGUNG yang menciptakan kita
ALLAH S.W.T
adakah kita sudah benar benar besedia??
kerana kematian itu benar dan sentiasa dekat dengan kita
ini hanya peringatan untuk diri aku dan para pembaca
sama sama kita muhasabah
insyaALLAH
ini merupakan pandangan dari sudut perbadiku sahaja
jika ada khilaf
tegurlah sahaja
kerana aku insan yang masih banyak kekurangan ilmu
sekian
wasalam
1 kata hati:
Alhamdulillah.
inshaAllah selagi kita masih bernafas di bumi Allah ini, jgn lah pernah berhenti mohon pada-Nya :)
Post a Comment