Puisi Khas Menanti Jodoh

assalammualaikum wbt
dalam sibuk sibuk dengan final exam ni
tangan ku ni tiba tiba ingin mencoretkan sebuah puisi
tentang bakal suami 
memandangkan tahun ni umur aku dah masuk 21 tahun (alhamdulilah)
rasa untuk mempercepatkan sunnah Rasulluah Saw yang tu sangat lah mempunyai peratus yang tinggi (^_^)
seriously aku cakap,aku bukan jenis orang yang berseni
tengok sendirilah macam mana puisi aku
yang entah apa apa
tapi selepas aku mengarang sendiri puisi yang datang dari lubuk hati ini (ceh wah)
rasa puas tu tak dapat di gambarkan
so apa kata korang semua try baca (kalau nak lah,tak paksa pun)
and kalau rajin tinggalkan komen anda tau
supaya aku dapat lah mempertingkatkan cara cara nak menulis puisi ni
ok jum layan



Puisi Khas Menanti Jodoh

Terasa kekosongan kadang-kala,
Ibu dan Ayah nun jauh di mata,
hanya sahabat pengubat duka,
gelak dan tawa seiring bersama,
namun hati tetap terasa biasa,
aku sendiri tidak tahu mengapa,
zikrullah dan selawat peneman bicara,
penyejuk di hati penenang di jiwa,
kerana Engkau mengetahui segala,
perasaan hambaMu yang ingin dicinta.

Lalu tersedar kenapa ia terjadi,
rupanya hati minta ditemani,
oleh seorang lelaki bernama suami,
minta dipimpin ke syurga hakiki.
namun diriku masih ternanti,
siapakan akan menghuni hati ini,
janji ALLAH itu sangat tepatri,
tinggal usahaku untuk mencari
moga ALLAH meredhai diri ini,
amin.


hasil nukilan fazz azny :p

Puisi Khas Untuk Sahabatku

assalammualaikum. wbt
ni puisi yang aku karang untuk sahabat aku
sebenarnya puisi ni dah siap bulan lepas
tapi tiba tiba teringin nak publish
walaupun aku bukan berseni mana dalam menulis puisi ni
tapi ni ikhlas dari sudut hati aku ni(ceh ayat poyo)
so kalau anda baca terima kasih banyak banyak
kalau tak baca pun aku tak marah lah
:P



Di satu ketika,
Tiba aku dia satu tempat yang sangat asing ,
Dunia itu berbeza bagiku
Kakiku terasa lelah di sana
Hampir aku tersungkur di permulaan jalan,
Tanpa dipinta kau datang menghulurkan tangan,
Memberi semangat di saat diriku hampir kecundang.

Hari berganti hari,
Masa berlalu tanpa menoleh ke belakang
Hubungan yang dinamakan atas dasar persahabatan ini
Bertunas seperti sebatang pokok
Disirami air kebahagiaan dan baja persefahaman
Ditambah pula dengan sinaran mentari kegembiraan
Dan akhirnya
Ukhwah ini makin kukuh dan kuat.

Melihat wajahmu sahabat
Perasaan marah bertukar tenang
Gusar dihati bertukar gembira
Bermuram durja bertukar ceria
Entah mengapa
Semua kerana mu sahabat


Harapanku,
Moga persahabatan ini diredhai ALLAH
Walaupun suatu hari nanti
Kita berbeza haluan
Namun memori kita masih segar di ingatan
Doaku
Ukhwah ini berkekalan hingga ke jannah
Dan pokok yang dinamakan atas dasar persahabatan ini
Akan terus membesar
Dan menghasilkan buahnya yang harum dan manis
Demi persahabatan yang indah ini.

Gantungkan Harapan Kita Pada ALLAH..Bukan Manusia

assalammualaikum wbt
sebenarnya kalau diikutkan macam macam benda yang aku nak tulis dan aku nak share tapi tulah
simpan untuk simpanan memori jelah sebab benda peribadi ni bak kata ustaz azhar idrus jangan sokmo kita share sangat dekat internet ni cerita je dekat ALLAH lagi bagus...
tapi kalau benda baik tu tak salah kan? :)tapi berpada pada lah kan.
seriously,hidup aku ni sangat bertuah kerana dikurniakan sahabat sahabat yang sangat baik dan memahami
alhamdulilah sangat.
so berbalik pada topik tadi aku nak story sikit lah tentang perbualan aku dengan seorang sahabat aku ni
tapi dia bukanlah rakan sekelas aku cuma sahabat dalam universiti je
adalah satu perkara yang aku cakap dengan dia yang mustahil aku akan dapat dan memang peluang untuk dapat benda tu memang susah sebab kelayakan aku yang tak seberapa..aku juga sure yang aku takkan dapat tapi jawapan yang sahabat aku bagi tu memang membuatkan aku terfikir dan terfikir,dia cakap pada aku faz kita ni jangan letakkan harapan dan penggantungan kita pada manusia tapi pada ALLAH...walaupun nampak mustahil pada manusia tapi pada ALLAH tiada yang mustahil..insyaALLAH yang penting banyakan solat hajat dan berdoa..kan ALLAH dah cakap dalam AL QURAN kun fayakun "jadilah!"maka jadilah ia
so dah terbukti kan.terima kasih sahabatku kerana mengingatkan aku.dan aku percaya yang ALLAH "memberitahu"aku melalui sahabat ku itu supaya aku tak kan berputus asa untuk memohon pada ALLAH.tapi andainya aku tak dapat 'benda" tu aku akan cakap pada diri aku yang ALLAH sedang aturkan yang terbaik lagi dalam hidup aku...amin.

itu saje kot.
thanks sesiapa yang sudi baca
moga bermanfaat
assalammualaikum wbt. (^_^)

Serius:Ujian itu Tanda Allah sayang..so go on je


Assalamualaikum wbt
Entri pada kali aku nak bercerita tentang ujian aku yang paling berat untuk hari ini..Hari ini 12hb 2 2012…sebelum ni aku memang ada assignment yang agak payah jugak untuk di buat kerana memerlukan critical thinking sikit and aku buat dengan satu member aku ni,kitaorang buat ni sampai tak tidur malam dan aku edit lagi assignment ini untuk kali kedua bagi elok.dan di jadikan cerita aku kena lah kumpul assignment tu dengan group aku tu then baru aku perasan yang aku TERDELETE assignment yang aku dah buat dengan bersemangat tu.tak tahu perasaan aku nak digambarkan…kecewa.marah dengan diri sendiri kerana kecuaian aku,kesian dekat kawan aku,dan macam  macam perasaan yang sangat negative terhadap diri aku…lepas tu kami buat lah balik dengan hati terbuka dan sabar.tapi dengan pengalaman tu aku dapat banyak pengajaran





KECEWA
                                                           

1)buat kerja dengan cermat dan berhati hati

2)kawan aku sangat cool dari aku(ni bertambah sayang ni) sabar je and tak marah pun aku

3)folder dalam lappy tu kena kemaskan(kawan aku pesan)

4)Sabar dan ingat ALLAH..setiap perkara yang berlaku ada hikmahnya


ok tu je :)

assalamualaikum

Review:Hafalan Solat Delisa

assalammualaikum

adakah anda antara peminat filem bercorak islamik?


jika ya sudah tentu korang dah tengok filem hafalan solat delisa ni kan...

aku memang dah lama nak tengok filem ni,lepas je tengok dia punya trailer,rasa teruja sangat nak tengok
aku tengok cerita ni tengah malam dan waktu tu pulak memang sunyi sepi
dan aku tak tahu kenapa aku air mata aku ni asyik terkeluar je
walaupun esok tu ada test yang menanti tapi aku tak boleh sabar lah nak tunggu sampai habis test
tak tahu lah kenapa aku tak boleh cool tengok cerita tu asyik sedih je...
dalam dua tiga kali jugak aku ulang tengok cerita ni...
selain hafalan solat delisa aku juga suka tengok "Ketika Cinta Bretasbih",bagi aku kedua dua cerita ni
mempunyai jalan cerita yang berbeza tapi mesej nya lebih kurang sama iaitu nilai islam yang dipractikan dalam kehidupan,Aku pulak bukan lah peminat cerita Indonesia macam sinetron atau cerita hantu yang pelik tu tapi bila Indonesia produce cerita cerita islamic macam ni aku rasa sangat  respect dekat diorang.Harap harap malaysia pun boleh hasilkan cerita cerita macam ni yang boleh menunjukkan islam adalah agama yang terbaik dan syumul..


sangat berbakat chantiq schagerl as Delisa

kecil kecil lagi dah pandai berlakon



adik beradik dia sangat comel



aisyah pun comel sangat.




Pengajaran yang aku dapat ialah:

1)sebagai ketua keluarga sama ada ayah atau ibu haruslah mempractikan solat berjemaah sejak dari kecil
2)hafalan itu haruslah diingat dengan makna dia sekali
3)berusaha untuk dapatkan solat yang kusyuk
4)jangan ada iri hati dengan orang lain apatah lagi dengan adik beradik kita
5)nasihat secara lemah lembut
6)ikhlas dalam melakukan semua perbuatan untuk ALLAH bukan untuk dapatkan hadiah
7)sabar dalam setiap ujian ALLAH. kerana setiap ujian itu mengajar kita untuk kuat dari sekarang


bagi aku pelakon-pelakon dalam cerita ni semunya dapat menghayati watak mereka masing dari watak ummi,delisa,aisyah.abi sangat2 menghayati watak....walaupun ada scene dalam cerita ni ada yang nampak macam cartoon tapi aku ignore kan sebab jalan cerita dia yang baik dapat meng"cover"semua kesilapan tu.cerita ni kalu aku nak bagi 4/5 bintang.ok?hehehe

Remaja Islam Yang Sungguh Awesome...

Assalammualaikum



Korang selalu tak layan video or short film dalam you tube tu..Especially video yang masuk contest
Apa –apa jelah.seriously aku kalau buka je you tube aku akan cari video yang terbaru and short film
Yang best terutamanya dari hasil tangan remaja remaja Malaysia .Yang mana aku rasa best aku akan download and dijadikan koleksi dalam lappy aku then boleh lah aku layan time boring .Dalam beberapa minggu nilah kan aku jumpa banyak video and short film yang sangat awesome…bagi aku mereka2 ini sangat lah berbakat dari segi jalan cerita dan kualiti video yang sangat cantik dan yang paling pentingnya ialah mesej yang ingin disampaikan dalam jalan cerita tersebut sangat berkesan.Kebanyakkan mesej yang disampaikan ialah dari segi persahabatan dalam islam.ukhwah dalam mesej2 dari video2 tersebut banyak membuka hati aku tentang pentingnya sahabat dan menghargai mereka serta menyayangi antara satu sama lain.benarlah islam itu sungguh indah jika kita memperhalusinya dengan baik terutama dalam persahabatan.kebanyakkan mereka ni study dekat oversea pulak tu dan itu sangat mengagumkan aku.aku tak nak lah cerita panjang korang cuba lah tengok dulu and then korang nilai lah sendiri ok.



1)TOMATO
short film yang ni memang best and tentang persahabatan yang mengharukan sampai kawan aku ada yang menangis.tak silap aku cerita ni berlatar belakangkan beljing,china.



2)Bulatan gembira kami di bumi sonata
video yang sungguh comel and tentang persahabatan juga
video ni masuk contest pertandingan video osem 2011
memang awesome lah
background diorang ni kat negara korea.
suka sangat..


 

3)Dua Dunia
beginning dia agak sedih sikit
sebak juga aku
tapi best
video ni menang
short movie charity contest
tak silap aku
student2 malaysia jordan yang buat







sebenarnya banyak lagi video video yang best2 yang dihasilkan
ini antara "feberet" aku je
depend pada orang lah untuk menilai






itu sajalah untuk entri kali ni.
terima kasih pada siapa yang sudi baca
assalammualaikum
(^_^)

Puisi setiap hari satu jawapan

Setiap hari aku dapat sesuatu
Petunjuk dari ALLAH
Atau
Pengajaran dari ALLAH

Cumanya
Atas diriku
Sama ada mahu mengamalkannya
Atau
Dibiar tersimpan sahaja
Semuanya atas kehendakku

Tapi nanti
Jangan salahkan tuhan
Kerana mencampakkan aku
Ke neraka jahanamNya
Kerana Dia telah memberi peringatan
Al Quran dan sunnah Rasulluah saw
Sebagai contoh teladan terbaik
Serta memberikan kamu
Orang orang soleh di sekitarmu
Dan terserah kepada kamu
Menerima atau menutup
Pintu hati kamu

Nukilan Pertama Aku.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Terima Kasih kerana sudi melawat blog saya.sila datang lagi


up