Kisah Tempurung dan Sarang Burung

Assalamualaikum....




ni katak atas tempurung..katak sekarang dah advance



Kisah ni berlaku waktu aku dalam umur tadikalah lebih kurang.Waktu zaman budak2 hingusan  ni kadang kadang ada benda yang kita ingat and ada benda yang kita tak ingat langsung.huhu ianya agak samar samar...so the story start here,time tu  cikgu tadika aku announce kat student2nya termasuk aku  dia suruh bawak tempurung esok bila datang sekolah and then bila aku balik terus  aku cakap kat  mak ayah aku yang cikgu suruh bawak sarang burung.kebetulan pulak time tu atas bumbung rumah aku ada satu sarang burung.ayah aku pun tanpa banyak soal terus panjat dan ambik and letak dalam plastic.Esoknya dengan bangganya aku bawak sarang burung tu datang tadika dan bagi kat cikgu dan cikgu terus cakap “saya suruh bawak tempurung bukannya sarang burung”.damn.adakah aku mengalami masalah pendengaran ketika itu..
 

Kembali

assalamualaikum...
Lama rasanya takmenulis kat blog ni,memang berhabuk habis lah.by the way sepanjang tempoh ni banyak benda yang jadi and banyak benda yang dah berubah,kalau nak tulis pun takkan tertulis.serius..memang rindu nak menulis kat blog ni.aku masih penganggur tegar yang masih menunggu graduation day.kerja yg di apply x pernah yang lekat lagi...insyaALLAH ada lah rezeki tu....cuma lambat atau cepat je(sedapkan hati).
ok nanti nak tulis lagi....
sekian...
assalamualaikum.....

Exercise

Assalammualaikum

Sekarang ni dah pukul 3 pagi dan still mata aku tak boleh dilelapkan suasana yang sepatutnya sepi diwarnai dengan bunyi dengkuran kawan aku dan suara roommate aku yang berbisik bisik bercakap dalam talefon tak ketinggalan bunyi yang datang dari arah perut yang meminta diisikan.Beberapa hari ini memang aku telah diserang insomania.Mungkin banyak sebab yang entah apa-apa.Esok ada kelaz pukul 8 dan memang aku tengah cari nahas untuk membuat sebab mengantuk time lecturer mengajar..maafkan studentmu ini puan. JJadi aku cari jalan untuk menghilangkan bosan untuk menulis yang entah apa-apa.sorry sebab sememang takda manfaat.Petang tadi aku keluar jalan round-round kawasan u aku,and biasala petang-petang ramailah yang beriadah.macam macam senaman aku jumpa time ronda ronda tu..cadang nak ambik gambar tapi segan pulak ramai orang,karang orang tu perasan aku secret admirer dia pulak..memang kelakar..haha..tapi kalau aku cerita tak kelakar mana pun....so moral of the story bersenamlah walau mana cara sekalipun,janji keluar peluh kan... 


Bersangka Baik Dengan Allah

Assalammualaikum wbt.

Bismillahhirahmannirrahim....
akhirnya tangan aku kembali untuk mengupdate blog ini yang hampir setahun tidak berusik niat di hati mahu saja aku men'delete' blog ini,tapi apakan daya,aku memang tak sampai hati dan aku akui aku memang suka menulis (di atas keyboard lah).Banyak perkara yang berlaku  sepanjang hampir setahun ini dan ianya masih tersimpan kemas dalam kotak memori ini.Umur juga semakin meningkat dan semakin pendek namun iman masih senipis kulit bawang.Banyak benda yang berlaku di luar kawalan diri ini.Aku hanya mempu merancang itu dan ini tapi ALLAH yang maha besar menentukan segalanya.Semalam aku dengar satu slot di ikim.fm islam itu indah,ustaz tu cakap:

-ALLAH lebih kenal diri kita berbanding dengan diri kita sendiri,apa yang kita sangka baik untuk diri kita belum tentu terbaik untuk diri kita dan apa yang kita sangka itu buruk untuk diri kita tak semestinya ia buruk untuk diri kita.



masya ALLAH..ALLAH tahu yang terbaik untuk diri kita kerana Dia yang menciptkan kita..ALLAH dah
susunkan yang terbaik untuk kita.bersangka baiklah dengan ALLAH..belajar berterima kasih dengan ALLAH SWT
aku ingin berkongsi  kata kata dari blogger hami asraff "Kita tidak pernah tahu rancangan Allah. Andai kita tahu, pasti kita tidak mengeluh dan terus bersyukur.".






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Terima Kasih kerana sudi melawat blog saya.sila datang lagi


up