Puisi Khas Untuk Sahabatku

assalammualaikum. wbt
ni puisi yang aku karang untuk sahabat aku
sebenarnya puisi ni dah siap bulan lepas
tapi tiba tiba teringin nak publish
walaupun aku bukan berseni mana dalam menulis puisi ni
tapi ni ikhlas dari sudut hati aku ni(ceh ayat poyo)
so kalau anda baca terima kasih banyak banyak
kalau tak baca pun aku tak marah lah
:P



Di satu ketika,
Tiba aku dia satu tempat yang sangat asing ,
Dunia itu berbeza bagiku
Kakiku terasa lelah di sana
Hampir aku tersungkur di permulaan jalan,
Tanpa dipinta kau datang menghulurkan tangan,
Memberi semangat di saat diriku hampir kecundang.

Hari berganti hari,
Masa berlalu tanpa menoleh ke belakang
Hubungan yang dinamakan atas dasar persahabatan ini
Bertunas seperti sebatang pokok
Disirami air kebahagiaan dan baja persefahaman
Ditambah pula dengan sinaran mentari kegembiraan
Dan akhirnya
Ukhwah ini makin kukuh dan kuat.

Melihat wajahmu sahabat
Perasaan marah bertukar tenang
Gusar dihati bertukar gembira
Bermuram durja bertukar ceria
Entah mengapa
Semua kerana mu sahabat


Harapanku,
Moga persahabatan ini diredhai ALLAH
Walaupun suatu hari nanti
Kita berbeza haluan
Namun memori kita masih segar di ingatan
Doaku
Ukhwah ini berkekalan hingga ke jannah
Dan pokok yang dinamakan atas dasar persahabatan ini
Akan terus membesar
Dan menghasilkan buahnya yang harum dan manis
Demi persahabatan yang indah ini.

Gantungkan Harapan Kita Pada ALLAH..Bukan Manusia

assalammualaikum wbt
sebenarnya kalau diikutkan macam macam benda yang aku nak tulis dan aku nak share tapi tulah
simpan untuk simpanan memori jelah sebab benda peribadi ni bak kata ustaz azhar idrus jangan sokmo kita share sangat dekat internet ni cerita je dekat ALLAH lagi bagus...
tapi kalau benda baik tu tak salah kan? :)tapi berpada pada lah kan.
seriously,hidup aku ni sangat bertuah kerana dikurniakan sahabat sahabat yang sangat baik dan memahami
alhamdulilah sangat.
so berbalik pada topik tadi aku nak story sikit lah tentang perbualan aku dengan seorang sahabat aku ni
tapi dia bukanlah rakan sekelas aku cuma sahabat dalam universiti je
adalah satu perkara yang aku cakap dengan dia yang mustahil aku akan dapat dan memang peluang untuk dapat benda tu memang susah sebab kelayakan aku yang tak seberapa..aku juga sure yang aku takkan dapat tapi jawapan yang sahabat aku bagi tu memang membuatkan aku terfikir dan terfikir,dia cakap pada aku faz kita ni jangan letakkan harapan dan penggantungan kita pada manusia tapi pada ALLAH...walaupun nampak mustahil pada manusia tapi pada ALLAH tiada yang mustahil..insyaALLAH yang penting banyakan solat hajat dan berdoa..kan ALLAH dah cakap dalam AL QURAN kun fayakun "jadilah!"maka jadilah ia
so dah terbukti kan.terima kasih sahabatku kerana mengingatkan aku.dan aku percaya yang ALLAH "memberitahu"aku melalui sahabat ku itu supaya aku tak kan berputus asa untuk memohon pada ALLAH.tapi andainya aku tak dapat 'benda" tu aku akan cakap pada diri aku yang ALLAH sedang aturkan yang terbaik lagi dalam hidup aku...amin.

itu saje kot.
thanks sesiapa yang sudi baca
moga bermanfaat
assalammualaikum wbt. (^_^)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Terima Kasih kerana sudi melawat blog saya.sila datang lagi


up