Review:Hafalan Solat Delisa

assalammualaikum

adakah anda antara peminat filem bercorak islamik?


jika ya sudah tentu korang dah tengok filem hafalan solat delisa ni kan...

aku memang dah lama nak tengok filem ni,lepas je tengok dia punya trailer,rasa teruja sangat nak tengok
aku tengok cerita ni tengah malam dan waktu tu pulak memang sunyi sepi
dan aku tak tahu kenapa aku air mata aku ni asyik terkeluar je
walaupun esok tu ada test yang menanti tapi aku tak boleh sabar lah nak tunggu sampai habis test
tak tahu lah kenapa aku tak boleh cool tengok cerita tu asyik sedih je...
dalam dua tiga kali jugak aku ulang tengok cerita ni...
selain hafalan solat delisa aku juga suka tengok "Ketika Cinta Bretasbih",bagi aku kedua dua cerita ni
mempunyai jalan cerita yang berbeza tapi mesej nya lebih kurang sama iaitu nilai islam yang dipractikan dalam kehidupan,Aku pulak bukan lah peminat cerita Indonesia macam sinetron atau cerita hantu yang pelik tu tapi bila Indonesia produce cerita cerita islamic macam ni aku rasa sangat  respect dekat diorang.Harap harap malaysia pun boleh hasilkan cerita cerita macam ni yang boleh menunjukkan islam adalah agama yang terbaik dan syumul..


sangat berbakat chantiq schagerl as Delisa

kecil kecil lagi dah pandai berlakon



adik beradik dia sangat comel



aisyah pun comel sangat.




Pengajaran yang aku dapat ialah:

1)sebagai ketua keluarga sama ada ayah atau ibu haruslah mempractikan solat berjemaah sejak dari kecil
2)hafalan itu haruslah diingat dengan makna dia sekali
3)berusaha untuk dapatkan solat yang kusyuk
4)jangan ada iri hati dengan orang lain apatah lagi dengan adik beradik kita
5)nasihat secara lemah lembut
6)ikhlas dalam melakukan semua perbuatan untuk ALLAH bukan untuk dapatkan hadiah
7)sabar dalam setiap ujian ALLAH. kerana setiap ujian itu mengajar kita untuk kuat dari sekarang


bagi aku pelakon-pelakon dalam cerita ni semunya dapat menghayati watak mereka masing dari watak ummi,delisa,aisyah.abi sangat2 menghayati watak....walaupun ada scene dalam cerita ni ada yang nampak macam cartoon tapi aku ignore kan sebab jalan cerita dia yang baik dapat meng"cover"semua kesilapan tu.cerita ni kalu aku nak bagi 4/5 bintang.ok?hehehe

0 kata hati:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Terima Kasih kerana sudi melawat blog saya.sila datang lagi


up