Kembara Hamba Mencari Cahaya

Assalammualaikum wbt..
Salam sayang buat para reader sekalian
Ayat poyo  habis weh..hehehh
Fuhhhhh!!!
Aku tiup sikit blog aku yang berhabuk ni
Bertuahlah blog ni dapat tuan yang “RAJIN” giler..ahak3
Actually bukan aku tak nak update Cuma aku tak tahu nak merapu apa dalam blog ni
Jadi aku decide biarlah aku senyap je kerana diam itu lebih baik dari bercakap perkara yang kurang berfaedah kan? J betul tak anak2 hehehe
So nak dijadikan ceritalah kan hari tu dekat cafe u aku ni ade buat program macam festival islam lah tak silap aku kalau salah maaf lah ea.
Then banyak jugak buku yang ada kat situ,silau mata aku nak pilih yang mana satu
Tapi tulah bajet aku Cuma dalam rm20 je so kenalah cari yang ikut kemampuan
Selepas beberapa saat dan ketika aku terpandang sebuah buku karya penulis muda yang sangat aku kagumi iaitu saudara hilal asyraf iaitu tajuknya Langit Ilahi 2 Kembara Hamba Mencari Cahaya and terus aku sambar sebab sebelum ni aku dah baca langit ilahi kedua and ketiga yang dipinjam dari kawan je so aku tak fikir panjang dah terus je bayar and adalah dapat less discount sikit..hihihi..bagi pendapat aku lah kan karya karya saudara hilal ni sangat aku minat dan kagumi.yelah muda lagikan,tapi dah banyak menulis buku motivation dan bagi aku cara penulisan dia sangat bagus,kemas,tersusun dan menarik serta sesuai bagi semua lapisan umur.kalau korang tak pernah baca aku syorkan sangat lah..sekarang ni pun aku tengah on the way nak habiskan…itu jelah arini




Ktengsbye :p
assalammualaikum



Petua merawat penyakit hati

Assalammualaikum para reader sekalian J




Entri kali ini aku Cuma nak kongsikan petua-petua merawat penyakit kulit hati
Perkongsian ini datang dari buku motivasi langit ilahi karya saudara hilal asyraf yang sangat menusuk
kalbu dan buku yang harus dibaca
Oleh semua lapisan masyarakat (U)
Penyakit hati ni sebenarnya dapat dirawat dengan amal ibadah
Rasulluah SAW bersabda yang bermaksud:

sesungguhnya ALLAH SWT tidak akan memadamkan keburukan itu dengan keburukan ,tetapi keburukan itu dipadamkan dengan kebaikan,sesungguhnya  yang kotor itu tidak akan menyucikan yang kotor”

So,
It’s very clear right?
Jadi petua ini diharap amalkan oleh aku sendiri dan kite semua
insyaALLAH mudah mudahan
Tapi petua ini adalah sebagai permulaan and maybe bagi sesetengah orang ringan sahaja
walau bagaimanapun  ringan2 pun bukan senang nak istiqamah kan?
Contohnya seperti berikut:


  •          Memberi  salam
  •          Senyum
  •          Sedekah  RM1
  •          Mengutip sampah yg kita nampak
  •          Membaca AL-Quran sehari sedikit (kalau malas sgt sehari satu ayat)
  •          Bezikir (senang,sebut pakai mulut or zikir dlm hati,bile2 pun bole buat
  •          Berdoa (doa satu kebaikan juga,doa untuk kawan2,keluarga dan diri sendiri
  •          Istigfar (like zikir gak)
  •          Selawat ke atas nabi (amat mudah dan fadilatnya besar)
  •          Jaga solat lima waktu


Actually
Banyak lagi sebenarnya kebaikan yang mudah2 benarnya
Aku just highlight sikit jelah
The rest korang kene baca buku langit ilahi tu
Now that’s book have a third edition
Mmg TERBAIK lah
Or if you want to know more detail just
http://langitilahi.com/
Setakat itu jelah hari ini
Moge hati kita akan terpelihara dr maksiat
Dan bintik2 hitam di muka hati kita akan beransur hilang
Untuk peringatan diri aku juga!
Try utk lakukan kebaikan  yg mudah2 ini  dan insyaALLAH
Kita akan mempertingkatkan lagi ibadah2 yang lain juga
Jom bersihkan hati kita




P/s: Dlm mood final exam,minta doa kalian ea supaya aku dpt lakukan yg terbaik dalam exam ni
        aja aja fighting
        assalammualaikum J








wordless wednesday #2



(^_^)....

Muslimah Yang Seperti Pohon Semalu

Pengajaran buat diriku juga

"Cuba tengok pokok ini. Apa nama pokok ini?" Faris Haikal cuba menguji minda anak muridnya.
"Pokok semalu." Semua serentak menjawab.
"Wah! Pandai adik-adik ini. Siapa tahu apa kelebihan pokok semalu?" Faris Haikal tersenyum melihat karenah anak-anak yatim itu. Semuanya bersemangat untuk mendengar syarahan daripadanya.
"Hmm. Susahlah soalan itu. Oh,ye. Zaki rasa, mungkin sebab ia pemalu. Dulu arwah mak pernah tunjuk pokok ni pada Zaki." Zaki dengan beriya menjawab soalan gurunya itu.
"Hehe...Aduhai...comel sungguh adik  Zaki ini. Betul juga jawapan itu. Untuk pengetahuan semua, identiti utama pokok semalu atau nama saintifiknya 'Mimosa Pudica' ini ialah daunnya akan menguncup serta terkulai apabila disentuh dan akan kembang semula selepas beberapa minit. Apa yang boleh kita kaitkan dengan pokok ini? Boleh bagi contoh, Siddiq?"
Faris Haikal terus mengutarakan soalannya kepada Siddiq, memandangkan dia seolah-olah tidak memberikan perhatian. Mungkin kerana umurnya lebih tua dari adik-adik Darul Izzah yang lain. Tingkatan lima. Sangat remaja.
"Hmm...Bagi saya. Pokok semalu ni macam perempuan!" Semua terus mengalihkan mata tepat pada wajah Siddiq. Hairan dengan jawapan itu.
"Wah, bagus jawapan itu. Cuba Siddiq terangkan." Faris Haikal teruja dengan jawapan anak muda itu. Mungkin dia sedang cuba memahami sesuatu tentang dunia kini.
"Yelah, perempuan seharusnya ada sifat malu dalam diri mereka. Pokok semalu ini kalau kita tengok, apabila kita sentuh, ia tertutup. Ini menunjukkan ia nak melindungi dirinya. Tapi, perempuan zaman sekarang tidak tahu malu!" Bukan main marah dan bertegas cara Siddiq menjawab soalan itu. Mungkin pernah mengalami sesuatu dalam hidupnya yang berkaitan dengan wanita. Mungkin.
"Betul! Pokok semalu ini pokok perempuan. Orang perempuan yang pakai tudung, menutup aurat dengan sempurna dan ada sifat malu tidak akan membenarkan dirinya disentuh. Kalau orang nak sentuh, dia akan menutup dirinya." Faris Haikal mengukir senyuman. Adik-adik Darul Izzah pula mengangguk-anggukan kepala isyarat memahami penjelasan itu.
"Oo..tapi, kalau pokok semalu ini sudah tutup tapi orang ingin memegang juga macam mana?"Aiman dari tadi diam, tiba-tiba bersuara. Faris Haikal tersenyum.
"Tangan orang itu akan terluka sebab pokok semalu ada duri!" Faris Haikal menangkis hujah Aiman.
"Jadi, kalau orang itu cabut juga pokok ni?" Aiman seperti mahu melontar provokasi.
"Dia akan dihukum Allah! Tangan yang mencabut itu akan menerima seksaan-Nya!" Tegas jawapan Faris Haikal. Semua terdiam. Terkejut dan takut dengan jawapan itu. Aiman segera mendepa tangannya. Tidak jadi untuk mencabut pokok semalu yang sudah mahu digenggamnya.
Mereka semua setuju dengan jawapan yang diberikan. Ringkas. Padat dengan pengajaran yang bermanfaat. Kelas hari ini berakhir dengan penuh pengertian. Masing-masing berfikir tentang ilmu alam. Sunnatullah di dunia ini pasti mempunyai hikmah yang amat bermakna buat manusia sejagat.
Peliharalah aurat kita wahai muslimah, pelihara ia dengan sebaiknya.

p/s:wanita hiasan dunia,seindah hiasan adalah wanita solehah

Salahkah Bila Berubah?

assalammualaikum

akhirnya terupdate juga blog yang sudah berhabuk dan bersawang ni
hari ni aku cuma megupload ilmu yang datang dari laman web  ini
jum kita renungkan
sangat menyentuh hati ini




Izzat mengerutkan dahi memandang teman sebilliknya menumbuk tendang batang pohon, melepaskan amarahnya.
Pagi tadi bukan main gembira Aliuddin melangkah keluar dari bilik. Tapi Aliuddin yang berada di hadapannya kini...
"Ali, bangun sembahyang Subuh. Dah lewat ni."
"Diamlah kau. Aku nak sembahyang ke, tak nak ke, kau peduli apa? Kubur masing-masing."
"Memang la kubur masing-masing. Kalau kubur kita sekali, bolehlah aku backup kau. Kau tak sembahyang, aku boleh tolong cover."
Aliuddin menarik selimut lalu memekap mukanya dengan bantal. Izzat hanya menggeleng-gelengkan kepala.
Suasana menyepi seketika. Hakim menepuk-nepuk bahu Izzat, mengisyaratkannya supaya ke tepi.
Dia dekat ke tepi Aliuddin lalu menjerit, "Bangun Subuh!" Aliuddin yang tersentak bangun terduduk dengan matanya terbeliak bulat.
Melihatkan wajah takut teman sebiliknya itu, Hakim ketawa mengekek.
"Nasib baik kaki aku sakit. Kalau tak, kau sarapan kaki aku pagi ni."
Ketuk ketampi tiga ratus kali dan dirotan di kaki. Denda yang menyebabkan kakinya sakit yang amat.
Denda atas perbuatan memancitkan tiga tayar kereta guru yang menyagat rambutnya.
Ini bukanlah kali pertama dia didenda dan mungkin bukan yang terakhir.
Dia cuba bangun dari katil tapi kakinya terasa perit untuk berdiri. Malah hendak duduk kembali pun dia tak mampu.
Mukanya berkerut menahan kesakitan.
"Kau tak apa-apa ke?" Izzat bertanya.
"Aku nampak macam tak ada apa-apa ke?" Aliuddin bersuara garang.
Hakim cuba untuk membantu memapah tapi ditangkis keras oleh Aliuddin.
Dia menguatkan diri untuk melangkah padahal dalam hati menjerit menahan sakit.
Memang Aliuddin tidaklah sebaik nama yang diberi, namun cara pengurusan sekolah mengatasi pelajar bermasalah hanya menambahkan lagi dendam di dada.
Pernahkah guru yang memberi denda itu merasai betapa sakitnya kaki setelah ketuk ketampi beratus kali?
Di sebalik hukuman-hukuman pihak sekolah, kenapa agaknya pendekatan yang diambil lebih kepada menghukum pesalah sedangkan fungsi sekolah ialah memanusiakan manusia?
Esok cuti sekolah bermula.
Sebaik sahaja loceng berbunyi, Aliuddin meluru ke asrama, mengejar tombol pintu biliknya.
Cepat-cepat dia menukar baju lalu berlari ke tempat perhentian bas.
Tidak sabar rasanya ingin pulang ke kampung. Di dalam perut bas, dia mencapai buku komiknya, sekadar membaca melepaskan kebosanan yang mula menghantui.
Ada sesuatu yang jatuh dari celah-celah muka surat komik itu. Sepucuk surat.
(I) Isyak, (S) Subuh, (L) Luhur (Zuhur), (A) Asar, (M) Maghrib
Kalau kita tinggalkan salah satu daripadanya, kita sudah bukan Islam lagi.
Dalam peristiwa Israk dan Mikraj, Allah s.w.t. berkata keada Nabi Muhammad s.a.w., "Aku ambilmu sebagai kekasih.
Aku perkenankanmu sebagai penyampai berita gembira dan amaran kepada umatmu.
Aku buka dadamu dan buangkan dosamu.
Aku jadikan umatmu sebaik-baik umat.
Aku beri keutamaan dan keistimewaan kepadamu pada hari qiamat.
Aku kurniakan tujuh ayat (surah Al-Fatihah) yang tidak aku kurniakan kepada sesiapa sebelummu.
Aku berikanmu ayat-ayat di akhir surah al-Baqarah sebagai suatu perbendaharaan di bawah 'Arasy.
Aku berikan habuan daripada kelebihan Islam, hijrah, sedekah dan amar makruf dan nahi munkar.
Aku kurniakanmu panji-panji Liwa-ul-hamd, maka Adam dan semua yang lainnya di bawah panji-panjimu.
Dan Aku fardhukan atasmu dan umatmu lima puluh (waktu) sembahyang."
Selesai munajat, Rasulullah S.A.W. dibawa menemui Nabi Ibrahim A.S. kemudian Nabi Musa A.S. yang kemudiannya menyuruh Rasulullah S.A.W. merayu kepada Allah S.W.T agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu sembahyang itu.
Selepas sembilan kali merayu, (setiap kali dikurangkan lima waktu), akhirnya Allah perkenan memfardhukan sembahyang lima waktu sehari semalam dengan mengekalkan nilainya sebanyak 50 waktu juga.
Izzat, Sahabatmu
Bas meluncur laju membelah malam.
Dia melabuhkan pandangannya ke luar tingkap. Pokok-pokok ketapang di pesisir lebuh raya berbalam. Melambai-lambai gemalai ditiup angin.
Sinar bulan malu-malu menjenguk alam. Debar jantung tiba-tiba menderas.
Dia menatap semula surat itu. Dibacanya berulang-ulang kali. Bicara ayat-ayat mengelus jiwanya yang layu.
"Kau ni ada masalah apa? Kalaulah pokok tu ada tangan, terkulai layu kau dibuatnya."
"Budak-budak tu la..." mulutnya memuncung ke satu arah.
"Budak-budak mana?" Izzat mencari-cari kelibat orang.
"Aku jalan-jalan tadi, terdetik dalam hati nak sembahyang kat masjid.
Elok je aku nak langkah masuk pagar masjid, Si Shukri tu perli-perli aku. Dia kata dia nak tengok selama mana muka ahli neraka macam aku ni boleh jadi baik.
Sampai aku habis solat pun dia tak henti-henti lagi mengumpat aku. Geram betul la!" Satu tumbukan padu dilepaskan.
Daun-daun kering mula berguguran. Menari-nari lalu jatuh menapak lantai bumi.
"Muka aku ni ada cop neraka ke? Aku jadi jahat pun salah, jadi baik pun salah."
"Meh sini aku check." Izzat membelek-belek muka Aliuddin. "Ish..." Aliuddin menepis tangan Izzat, merenung tajam kawannya itu. "Dia saja main-main kot."
"Kalau main-main, orang takkan sambung dengan mengumpat."
"Biarlah... Bila dia mengumpat kau, kau dapat pahala. Kau sepatutnya gembira dapat pahala free."
"Pahala free? Kenapa pula?"
"Bila kita mengumpat orang, orang yang diumpat dapat pahala, kita dapat dosa."
"Owh... ye ke?" Izzat mengangguk.
"Aku dapat pahala?" Aliuddin senyum tersipu-sipu sambil tangannya memeluk batang pokok.
Izzat hanya menepuk dahi melihat telatahnya.
Berhimpit jerami di balik meranti,
Saying cemara akar terendam,
Kasih bersemi ikhlas di hati,
Menyejuk bara menghilir dendam
sekian
wassalm..

Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir

assalammualaikum warahmatullah

salam ramadhan
hari ini sudah genaplah hari ke-5 kita berpuasa
alhamdulilah masih lagi bernyawa 
dan masih lagi berkesempatan
untuk meneruskan ibadah istimewa ini
hari ini juga ialah hari jumaat iaitu merupakan 
penghulu segala hari
tambahan pula dengan bulan ramadhan
iaitu penghulu segala bulan
moga kita mengambil kesempatan ini
untuk mempertingkatkan ibadah kita
dan men'CANTIK'kan diri kita di hadapan ALLAH
InsyaALLAH

nukilan dari laman iluvislam
sangat mententuh kalbu
insaf,
tersedar,
dan banyak perasaan
yang sukar digambarkan
moga kita mengambil iktibar
dan terkesan di hati
InsyaALLAH,




Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
Tentu siangnya engkau sibuk berzikir
Tentu engkau tak akan jemu melagukan syair rindu
Mendayu..merayu...kepada-NYA Tuhan yang satu


Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
Tentu sholatmu kau kerjakan di awal waktu
Sholat yang dikerjakan...sungguh khusyuk lagi tawadhu'
Tubuh dan qalbu...bersatu memperhamba diri
Menghadap Rabbul Jalil... menangisi kecurangan janji


"Innasolati wanusuki wamahyaya wamamati lillahirabbil 'alamin"
[Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, dan matiku...
kuserahkan hanya kepada Allah Tuhan seru sekalian alam]


Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
Tidak akan kau sia siakan walau sesaat yang berlalu
Setiap masa tak akan dibiarkan begitu saja
Di setiap kesempatan juga masa yang terluang
Alunan Al-Quran bakal kau dendang...bakal kau syairkan


Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
Tentu malammu engkau sibukkan dengan
Bertarawih...berqiamullail...bertahajjud...
Mengadu...merintih...meminta belas kasih


"Sesungguhnya aku tidak layak untuk ke syurga-MU
tapi...aku juga tidak sanggup untuk ke neraka-MU"


Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
Tentu dirimu tak akan melupakan mereka yang tersayang


Mari kita meriahkan Ramadhan
Kita buru...kita cari....suatu malam idaman
Yang lebih baik dari seribu bulan


Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
Tentu engkau bakal menyediakan batin dan zahir
Mempersiap diri...rohani dan jasmani
Menanti-nanti jemputan Izrail
Di kiri dan kanan ...lorong-lorong ridha Ar-Rahman


Duhai Ilahi....


Andai ini Ramadhan terakhir buat kami
Jadikanlah ia Ramadhan paling berarti...paling berseri...
Menerangi kegelapan hati kami
Menyeru ke jalan menuju ridho serta kasih sayangMu Ya Ilahi
Semoga bakal mewarnai kehidupan kami di sana nanti


Namun teman...
Tak akan ada manusia yang bakal mengetahui
Apakah Ramadhan ini merupakan yang terakhir kali bagi dirinya
Yang mampu bagi seorang hamba itu hanyalah
berusaha...bersedia...meminta belas-NYA


Andai benar ini Ramadhan terakhir buat kita


MAAFKAN SEMUA KESALAHAN YANG PERNAH AKU LAKUKAN


sekian

wassalam


Kanak-kanak yang belum baligh tidak layak berada di Saf hadapan dalam Solat Jemaah ? Orang Kata ? Fakta atau Dusta ?


assalammualaikum
salam ramadhan semua
mengenai tajuk di atas
banyak persoalan yang dikemukakan
aku sendiri pun tertanya-tanya
kerana sepanjang menunaikan solat terawih di masjid
perkara begini banyak terjadi
mengenai saf kanak kanak
aku cuma bekongsi ilmu dari 
facebook sahabat
insyaALLAH
kita upload ilmu
bersama sama
  




Di sudut kerahmatan dan masyarakatan umpamanya, banyak masjid kita masih tidak dengan remaja dan kanak-kanak. Golongan ini sentiasa rasa kurang selesa atau bimbang dengan layanan orang masjid kepada mereka. Takut-takut dimarahi jika tersilap. Jika tidak pun, mereka kurang diberi layanan yang sewajarnya. Lebih teruk lagi ada masjid yang membuat penempatan khas untuk kanak-kanak ketika solat.


Mereka dijarakjauhkan daripada saf orang dewasa. Kadangkala jauhnya itu pulang diselang beberapa saf. Ditulis pula satu papan tanda "saf kanak-kanak". Ini semua berpunca daripada"khurafat" yang disandarkan kepada fikah kononya jika kanak-kanak yang belum baligh atau belum sunat tidak layak solat disaf hadapan. Adakah ini ajaran islam ? dimanakah dalil dan hujahnya ?




Fatwa seperti ini sebenarnya terpinggir dari penghujahan dalil dan kewarasan akal. Ketika Ibn Abbasmasih kanak-kanak, Rasulullah S.A.W bersolat dan memegang telinga atau kepala Ibn Abbas bersolat di tepi baginda.


Kata Ibn Abbas :

" Rasulullah S.A.W bangun solat malam, aku turut serta bersamanya. Aku berdiri di sebelah kiri Baginda. Baginda memegang kepalaku lalu menjadikan aku berada di sebelah kanan Baginda."  ( Riwayat Al-Bukhari )

Rasulullah S.A.W bersabda :

" Rasulullah berdiri untuk solat. Aku bersaf dengan seorang budak yatim di belakang Baginda. Sementara wanita tua berada di belakang kami."  ( Riwayat Al-Bukhari )

Hadis riwayat Ahmad dan Abu Daud yang menyatakan Rasulullah S.A.W menjadikan saf lelaki dewasa di hadapan kanak-kanak, hadis itu daif dari segi sanadnya. 

Kata Syeikh Nasir ad-Din al-Albani : "Adapun menjadikan saf kanak-kanak dibelakang lelaki, aku tidak dapati melainkan hadis ini sahaja. Ia tidak dapat dijadikan hujah. Tidak mengapa kanak-kanak berdiri dalam satu saf sebelah lelaki dewasa jika saf masih luas."

Solat anak yatim bersama Anas di belakang Rasulullah S.A.W menjadi hujah dalam masalah ini ( Al-Albani, Taman-alminah, 284, Riyadh Dar ar-Rayah )









Layanan Buruk


Hasil lain daripada kecelaruan ini, ada orang dewasa yang sanggup menarik kanak-kanak yang sedang solat keluar dari saf  kerana dia hendak masuk saf. Kemudian disuruh budak itu ke saf belakang. Akhlak buruk ini menjadikan kanak-kanak berjiwa lemah ketika berada di Masjid. 

Sementara orang dewasa yang lewat datang dan menarik kanak-kanak keluar itu pula terbiasa dengan sikap buruk sebagai seorang perampas yang datang lewat lalu merampas tempat orang yang lebih awal.

Ada juga masjid pihak masjid tidak suka kanak-kanak terlalu ramai ke masjid. Bimbang nanti mengganggu keheningan masjid. Dukacita sikap sedemikian tersimpan dalam perasaan sesetangah orang. Hal ini kerana sesetengah kita lebih ingin menjaga warna karpet baru dari daripada berkempen mendapat jemaah baru.






Dalam hadis Nabi S.A.W, baginda bersabda : 


"Aku mendirikan solat ( sebagai imam ) dan aku berhasrat ingin memanjangkannya. Tiba-tiba aku mendengar tangisan bayi, maka aku menyegerakan solatku kerana aku tidak suka membebankan ibunya."  ( Riwayat Al-Bukhari )

Lihatlah sikap mesra pelanggan yang ditunjukkan oleh Baginda. Maka tidak hairan, masjid di zaman Baginda menjadi tempat terpautnya hati setiap generasi. Hadis ini juga memberi maksud imam mesti meringankan solatnya, jika makmum ramai di belakangnya.

Demikianlah Nabi S.A.W menjaga perasaan ahli jemaahnya. Adapun kita, jika anak menangis, ibunya pasti dipandang sinis. Maka jangan hairan jika kanak-kanak atau remaja merasai lebih diberi layanan ketika berada di pusat-pusat hiburan, jika dibandingkan dengan masjid. Kemudian kita"bising" apabila jenerasi muda tidak minat dengan masjid atau tidak selesa dengan masjid.

Bukan alasan jika kanak-kanak berada di saf hadapan, akan bising mengganggu solat, itu alasan yang kuno sama sekali, adalah lebih bising kanak-kanak itu dikumpulkan dalam satu saf khas, kerana akan bertemu "Ultraman dan "Doreamon". Jika saf kanak-kanak diselang selikan dengan saf orang dewasa, adakah akan berlaku bising ? pastinya tidak..maka fikirlah kita semua.

Lakukanlah cara nabi yang dipertontonkannya, bukannya dengan akal fikiran kita sahaja.


sekian

wassalam






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Terima Kasih kerana sudi melawat blog saya.sila datang lagi


up