Puisi Khas Untuk Sahabatku

assalammualaikum. wbt
ni puisi yang aku karang untuk sahabat aku
sebenarnya puisi ni dah siap bulan lepas
tapi tiba tiba teringin nak publish
walaupun aku bukan berseni mana dalam menulis puisi ni
tapi ni ikhlas dari sudut hati aku ni(ceh ayat poyo)
so kalau anda baca terima kasih banyak banyak
kalau tak baca pun aku tak marah lah
:P



Di satu ketika,
Tiba aku dia satu tempat yang sangat asing ,
Dunia itu berbeza bagiku
Kakiku terasa lelah di sana
Hampir aku tersungkur di permulaan jalan,
Tanpa dipinta kau datang menghulurkan tangan,
Memberi semangat di saat diriku hampir kecundang.

Hari berganti hari,
Masa berlalu tanpa menoleh ke belakang
Hubungan yang dinamakan atas dasar persahabatan ini
Bertunas seperti sebatang pokok
Disirami air kebahagiaan dan baja persefahaman
Ditambah pula dengan sinaran mentari kegembiraan
Dan akhirnya
Ukhwah ini makin kukuh dan kuat.

Melihat wajahmu sahabat
Perasaan marah bertukar tenang
Gusar dihati bertukar gembira
Bermuram durja bertukar ceria
Entah mengapa
Semua kerana mu sahabat


Harapanku,
Moga persahabatan ini diredhai ALLAH
Walaupun suatu hari nanti
Kita berbeza haluan
Namun memori kita masih segar di ingatan
Doaku
Ukhwah ini berkekalan hingga ke jannah
Dan pokok yang dinamakan atas dasar persahabatan ini
Akan terus membesar
Dan menghasilkan buahnya yang harum dan manis
Demi persahabatan yang indah ini.

1 kata hati:

ameer faris said...

salam wbr, bagus puisi ni.. terkesan mmbacanya.. =)

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Terima Kasih kerana sudi melawat blog saya.sila datang lagi


up