corat coret ramadhan



dan



hari ini aku nak bercerita sedikit tentang kisah yang berlaku semalam
semalam,semasa aku sedang bersolat terawih
aku duduk bersebelahan dengan 2 orang adik beradik budak perempuan
 dalam lingkungan usia 4  dan 5 tahun rasanya bersama ibunya
masa tu masih solat isyak tiba tiba dalam rakaat kedua
kain sejadah salah seorang budak perempuan tu ditiup angin dan melihat keadaan tu
dia pun memanggil ibunya banyak kali tapi tiada jawapan kerana ibunya sedang  bersolat
akhirnya dia membetulkan sendiri sejadah itu dan berdiam hingga habis solat
selesai solat kakaknya terus menegur adiknya
"adik tengah sembahyang mana boleh cakap lah",


subhanallah
aku agak kagum melihat yang berlaku
but seriously memang aku tak khusyuk lah masa solat  :p
aku sedar bahawa pendidikan sejak dari kecil banyak membantu untuk membentuk sahsiah dan sikap apabila dewasa
jadi peranan ibu bapa amat penting
semasa di masjid
ramai para ibu membawa anak anak
dan yang paling penting mereka mahu bersolat
walaupun sekadar mengikut
apabila sampai waktu rukuk dan sujud
mereka ikut 
apabila sudah di praktikkan dari kecil
rasanya nanti tidak ada masalah
ponteng solat atau malas
alah bisa tegal biasa kan.
 


sekian

wassalam


0 kata hati:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Terima Kasih kerana sudi melawat blog saya.sila datang lagi


up